Sakinah, 18. An ailurophile. Stillo's ♥. Stitch's biggest fan. OHANA! in love and still counting. This is my network. Do follow me when you have time.
Tujuh
on Wednesday, August 7, 2013 @ 2:45 AM
0 comment (s)


Malam yang sunyi. Sepi.
Pukul 2.30 pagi. Sepi.
Bertemankan bunyi kipas. Sepi.
Berperang dengan perasaan. Haru.

Nostalgia lama terbangkit. 
Kenangan manis pahit menyerang. Serabut.
Perasaan jadi bercelaru.
Teringat cerita lama. Cerita ketika menjadi seorang gadis yang boleh tahan bahagianya.
Ketika mempunyai sahabat. Yang kiranya sahabat. Yang baik dan memberi inspirasi kepada aku.
Tetapi itu semua dulu. Dulu. Dulu punya cerita. Yang aku ingin sekali kuburkan. Ingin sekali matikan cerita.
Entah mengapa bila difikirkan kembali, serabut rasanya.
Benci? Tidak.
Rasa dikhianati? Mungkin.
Perkara yang tidak diingini dan dijangka telah terjadi? Sesungguhnya YA kepada semua itu.
Tetapi aku telah bersedia untuk menghadapinya. Cuma tidak 100% persediaanku itu.

Awal lagi aku sudah mula mengundurkan diri. Sedikit demi sedikit.
Kerana aku nampak perubahan yang terjadi. Sedikit demi sedikit.
Bukannya berprasangka. Cuma mengambil langkah berhati-hati, supaya hati tidak ditoreh lagi.
Sedikit demi sedikit, aku mula menapak pergi. Namun aku masih lagi melihat ke belakang.
Melihat kejadian dibelakangku. 
Aku tahu sesuatu itu meski dirahsiakan. Meski di sebalik pengetahuanku.
Tetapi aku tetap dapat tahu. Sedikit sebanyak mendera jiwaku.
Lalu aku semakin laju menapak pergi. Memadam harapan yang tercoret. 
Sedikit demi sedikit harapan itu terpadam. Supaya hatiku tidak dicarik lagi.
Aku menyediakan payung sebelum hujan setelah aku melihat kilat sabung menyabung.
Hujan mulai turun. Namun, tempiasnya tetap ada. Sedikit sebanyak membasahi aku.
Lalu, mengapa aku masih lagi berpayung? 
Supaya aku tidak basah seluruhnya.
Tetapi, aku tetap basah.

Ku temu buku baru.
Tiada niat untuk menyentuhnya, mengambilnya dan membukanya.
Namun, aku menyentuhnya.
Mengambilnya.
Dan, membukanya.
Lalu ku tulis bait demi bait didalamnya menggunakan pena yang ada.
Dengan berhati-hati.
Tiada kesan comot. Kemas dan cantik.
Kertas itu serasi dengan pena itu.
Tiada berlengah lagi, ku simpan buku itu.
Bersama-sama dengan penaku.

Sehari selembar kertas.
Yang tercatit dengan sendirinya.
Tercatit kisahnya.
Kisah yang pelbagai warna.
Warna yang indah nian.
Tercatit kisahnya.
Kisah yang pelbagai bentuk.
Bentuk yang cantik dan unik.
Tercatit kisahnya.
Kisah kita.
Yang sedang berlangsung.
Hingga ke saat ini.
Dan hingga ke Sorga, hendaknya :-)
Tercatit di buku yang baru.
Berserta dengan pena yang baru.
Dimulakan dengan hidup yang baru.
Untuk masa depan yang baru.
Buat kau dan aku.
Moga bersatu.
Moga diizin oleh Allah yang satu.

Kini aku seorang gadis yang lebih bahagia dari yang dulunya.
Alhamdulillah untuk nikmat ini. 
Nikmat dikurniakan 'kebijaksanaan' untuk melengkapi 'ketenangan'.
Terima kasih untuk semua ini, Rabb.
Selamat malam, dunia.
Moga mati sementara dalam iman.
Bersama-sama.
Moga sentiasa dalam redha-Nya, dan dalam landasan syariat-Nya.
Bersama-sama.
Wassalam.


"Taknak tanya soalan apa-apa ke?" ((boring ke ape ni................))



« older posts newer posts »
No you can't, darling. :)