Sakinah, 18. An ailurophile. Stillo's ♥. Stitch's biggest fan. OHANA! in love and still counting. This is my network. Do follow me when you have time.
Kerinduan
on Friday, October 11, 2013 @ 5:35 PM
0 comment (s)

Kerinduan di tempat dahulu.
Kerinduan yang teramat.
50/50 perasaan ingin pergi dari situ pada ketikak itu.
Namun, gagah juga untuk pergi.

Aku pergi, atau aku lari sebenarnya?
Dan kini aku di sini.
Sambil sibuk merindui di sana.
Di sini, ombaknya lagi kuat.
Di sana, ombaknya sedang-sedang sahaja.
Cuma aku tidak gagah menghadapinya.
Lalu.

Lalu?

Lalu, aku lari ke sini.
Dengan harapan bisa aman dan bahagia.
Namun, teruji dengan lambungan ombak yang lebih deras.
Aku terlambung.
Terlambung.
Tetapi tetap merangkak kembali ke dasar.
Dengan tekad dan semangat yang tinggi.
Dengan harapan yang diletakkan kepadaNya agar sampai.
Adakalanya, sampai.
Adakalanya, tidak. Namun tetap berusaha untuk mencapainya.

Dan kini, aku merindui di sana.
Aku merindui suasana di sana.
Sangat.

Adakah salah pilihan aku ini?
Adakah salah tindakan ku ini?
Tidak, sakinah. Buang semua perasaan itu jauh-jauh.
Campak ke tengah laut.
Biar hanyut... Biar...
Yakin dengan rancanganNya.
Allah lebih mengetahui segala yang tidak kamu ketahui.
Kerana Dia, Pencipta diri aku yang hina ini.
Dhoif. Se-dhoif-dhoif-nya.
Teruskan berjalan di atas duri ini.
Jangan pernah menyerah. Dia bersamamu.
Allah bersamaku. Yakin.
Senyum :-)

Akhir kata,
aku tetap rindu.
Rindu di sana.
Salam sayang Stillo.
Wassalam :-)



« older posts newer posts »
No you can't, darling. :)