Sakinah, 18. An ailurophile. Stillo's ♥. Stitch's biggest fan. OHANA! in love and still counting. This is my network. Do follow me when you have time.
Untuk awak
on Saturday, October 19, 2013 @ 7:49 PM
0 comment (s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Lagi dua hari, awak bakal menghadapi peperiksaan yang agak besar la kan.
Iaitu, Sijil Tinggi Agama Malaysia.
Ada 10 subjek yang awak kena skor.
Di setiap 10 subjek tu ada dua paper, kan?
Di setiap paper tu, ada baaaanyak soalan hehe.
Saya harap awak boleh hadapinya.
Saya harap awak boleh tumpaskan semua soalan tu.

Awak, 
Belajar elok-elok.
Jaga solat.
Jaga diri.
Jaga kesihatan.
Jaga makan (jangan lupa makan)
Minum banyak air.
Jangan stress-stress.
Jangan lupa tidur.
Jangan lupa apa yang awak baca tu.
Jangan lupa saya. Hihi.

Ya Allah, 
Berilah dia ilham untuk menjawab soalan peperiksaan STAM dengan tepat.
Berilah dia kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi peperiksaan ini.
Berilah dia kesihatan yang baik.
Berilah dia akal yang cerdas dan sihat.
Moga segala ilmu yang diperolehnya itu, diberkati dan dirahmati olehMu ya Allah.
Moga dia sentiasa dalam rahmatMu dan redhaMu serta diredhai hidupnya oleh ibu dan bapanya.
Bantulah dia, permudahkanlah urusannya, dan lancarkanlah segala urusannya.
Izinkanlah dia untuk memperoleh keputusan yang lulus cemerlang.
Lindungi dan pelihara dirinya, ya Allah ya Rahman ya Rahim..

Awak,
Bittaufiq wannajah!
All the best!
Good luck!
Semoga berjaya!
Hidup awak! Hihi.
Semoga awak berjaya di dunia dan di akhirat.
Moga awak memperoleh keputusan yang lulus cemerlang.
Mumtaz Sofi hendaknya, insyaAllah :-)
InsyaAllah, dengan izin Allah. Amin amin amin Ya Rabbal'Alamin~

Awak jangan lupa doa juga ye.
Doa itu senjata mukmin.
Jangan lupa usaha juga.
Jangan lupa untuk bertawakal juga.

USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN = INSYAALLAH :-)

Sekian, 
Salam sayang Stillo.

*saya tahu awak tak baca hihi*





« older posts newer posts »
No you can't, darling. :)